pelikla dunia ni

yg lemah semakin lemah

pelikkkk

kenapa mcm ni

di manakah letaknya nilai kemanusiaan

Salam..uwaaa uwaaa cane nk wat proposal ni...masa nk apply, kena enclose Research Proposal...nnti klu tak bagi, free2 kena reject tp kalau pilih mode coursework, takyah..just isi borg online pastu anta hardcopy..tp taknakla..nk research nk research..bersemangat la konon....ish, apa benda nk tulis nnati...da la otak blank..takpe, kena tanya org yg lebih tau..cik puan penolong pendftar tu ckp bidang tumbuhan sesuai nk masuk agronomi tp pointer masa bachelor degree kena above 2.5.tp die tak ckpla pulak nk kena refer supervisor dulu ke tak..adoi, mana nk carik ni..ke nak aci redah je mana2 lectrr kang tak pasal2 tertanya lctrr engineering pulak..tp klu salah tmpt btanya pun, takkan kna mara kot kan..

aaa, ni saje2 nk promote web tentang Fungi..bahasa pasarnya kita biasa panggil kulat dan cendawan..mushroom org putih ckp kan..ye kot..bersamalah kita melestarikan flora..sbb ni bukan tanggungjawab botanist2 je tau...jom kita berkenalan dengan fungi salah satunya menerusi web ni..

http://malaysianfungi.webs.com/researchpartner.htm



aish, tak sangka la pulak...tiba2 ada nama saya kat situ kat no. 10..hee prasannyee..
kalau jd lecturer msti dpt no 1..gila kuasa pulak sy ni...opss....

p/s: ada org baik ati nk bg pinjam kad libry dia kt sy tau.terima ksh daun keladi.

SAHABAT, janji pada aku 2 perkara:

1.Apabila berjauhan jangan kau asingkan aku dalam doamu.

2.Apabila aku tersungkur, kau hulurkanlah tanganmu.kau luruskanlah yg bengkok.

hehehe..ni sbnrnya nak kata review sebuah buku, tak layak lagi..cuma secebis panduan yg dpt dikutip daripada sebuah novel yg bertajuk TERASING written by Hilal Asyraf.dia ni klu tak silap saya ialah seorang student lg kt Jordon(betul ke eja ni).ni bukan posting promosi berbayar oleh encik Hilal Asyraf ni tau. tapi saje saje je teringat cerita dia..saya taknak review lebih2 bukan apa, takut laa..takut kena saman..hehe....lagipun tak surprise la klu saya cite sinopsis..baik korg baca sendiri.seronok jugak baca ala2 novel Habiburrahman el-shirazy..yela, zaman skrg ni nk baca novel yg memuatkan ayat Quran rasanya masih kecil jumlahnya..huhu,okla tu je nk cite..

ish, tiba2 pulak teringat ayat ni andai kota itu peradaban, rumah kita adalah budaya dan tiang serinya adalah agama..haa cuba teka ada dalam novel mana???betul ke org kata tiang seri mcm kt rumah2 kampung tu ada saka..hehe...ni selingan jee..Daa dii duu.

ish2, dahla org tgh sakit perut..soklan pulak mcm susah je..ermm anyone yg nk share jwpn blh la, dialu-alukan...tak baik kedekut ilmu..nnti mcm pokok takde buah..hehe

1. What led you to choose your field or major

2. What is your greatest achievements

3. Tell me something about yourself.

4. Why should we hire you.

5. What are your strengths and weaknesses.

6. How did you deal with difficult people in your team.

7. why do u want to work for this company...

Setelah sekian lama

harini teringin nak ucap

GOOD LUCK!!!

ALL THE BEST!!!

Believe in urself!!!

utk siapa?

Utk diri sendiri

sebagai tanda penghargaan

hehe...mcm org gila je cakap sorang2....ni klu org nmpak mesti cakap ada gangguan mental, takpun gangguan emosi takpun ada split personality....biarlah nak kata apa pun, nnti dah penat kata mesti diam..hehe

bila hadapi ujian/musibah:

1. Bertenang

2. Bersabar

3. Mengatur minda bhw itu hanyalah ujian utk menguji kekuatan kita

sekian

bulan sungguh malu
bulan sentiasa berselindung
tapi di saat aku dalam kelam
bulan memunculkan diri...
berselindung di balik awan
walaupun byk bintang bertebaran di sana
aku masih kegelapan tanpa cahaya bulan
bulan itu tidak sama dgn seribu bintang
bulan..aku menantimu saban hari

copy dari http://abuzulfiqar.tripod.com

HENDAK MENCONTOHI RABIATUL ADAWIYAH TIDAK BERKAHWIN

PERSOALAN

Saya sangat meminati kisah-kisah Rabiatul Adawiyah. Saya ingin jadi sepertinya, menghambakan diri kepada Allah seumur hidup semata-mata kerana Allah tanpa berkahwin.

PANDANGAN

Niat untuk jadi seperti Rabiatul Adawiyah memang baik. Secara peribadi saya memang menggalakkan. Tapi anti boleh juga mencontohi mereka yang lebih baik daripada Rabiatul Adawiyah iaitu Khadijah (isteri Nabi), Aisyah (isteri Nabi) dan Fatimah (anak Nabi, isteri Saidina Ali). Mereka tentunya lebih baik daripada Rabiatul, dan mereka berkahwin.

Fatimah pernah bertanya kepada Rasulullah SAW adakah wanita lain yang akan mendahuluinya masuk ke dalam syurga. Nabi Muhammad menyebutkan seorang wanita. Fatimah pun pergi ke rumah wanita tersebut. Rupanya amalan yang membolehkan wanita itu mendahuli Aisyah mudah sahaja. Sewaktu suami wanita itu pulang dari bekerja, wanita itu telah siap menunggu dengan air minuman kalau suaminya dahaga, rotan untuk suaminya memukulnya senadainya dia ada melakukan apa-apa kesalahan dan menyelakkan sedikit kainnya jika si suami memerlukannya. Wanita yang mendahuli Fatimah ini seorang yang berumahtangga.

Rabiatul Adawiyah juga ada dua orang. Kedua-duanya wali Allah. Yang lebih terkenal itu ialah Rabiatul di Basrah. Seorang lagi Rabiatul di Syam (ada ulama mengatakan bahawa nama sebenarnya Rayiatul Adawiyah). Rabiatul di Syam ini bersuami. Setelah kematian suaminya, dia sendiri pula meminang seorang ahli sufi lain sebagai suaminya.

Kalau kita seorang yang cenderung kepada keagamaan, maka eloklah kita berumahtangga. Ini kerana genetik baik (iaitu cenderung ke arah agama) itu beserta tarbiyyah kita insyaallah akan diwariskan kepada anak-anak. Sebab itu para sahabat majoritinya berpoligami, hingga mereka menghasilkan generasi tabiin yang merupakan generasi terbaik selepas zaman sahabat. Orang-orang alim juga digalakkan berpoligami agar baka baik mereka boleh turun kepada anak-anak dan seterusnya membanyakkan umat Nabi Muhammad yang baik-baik.

Ringkasnya, anti boleh memilih mana yang anti rasa terbaik. Renung-renungkan. Wallahualam.

Alexanderwathern 2005


ulasan:
tgh pening2 lalat..tak blh nk berfikir skrg..terima kasih bulan kerana sudi
memerhati..saya cuma menumpang di sini =)

Sehangat Hembusan Salju

Blog ini adalah coretan mulus hati yang kunukilkan di sini..agar setiap kenangan menjadi ingatan..hee =)

I am a
Canada Thistle

What Flower
Are You?