Assalamualaikum dan selamat sejahtera..untuk menceriakan suasana, saya cerita benda yang ringan2 dulu la ek..second half nnti baru blh cite berat-berat skit, takut nanti terkejut pulak otak kita ni..mcm nak makan la jugak, takkan nak terus suap nasi kat mulut kan.kena la minum air skit dulu..pagi tadi seperti yang saya bagitau semalam, saya pergi ke suatu pejabat untuk mengambil borang..borang apa? borang apa?rahsia la..unfortunately, borang tu tak dpt dikeluarkan lagi..dorang kata isnin depan baru ade..saya dahla berkobar-kobar nak isi borang tu..hehe terlebih semangat pulak..tula alkisahnya..

Maka untuk tidak membuang masa, saya pun pergi ke kantin pejabat tu untuk menikmati cendol..pagi2 dah minum cendol..tapi best jugak..dapat la membasahkan tekak yang kering bak gurun sahara ni..tak lama lepas tu, saya memecut ke sebuah kedai buku yang dikenali sebagai MPH untuk mencari buku yang sudah lama dicari tapi tak berkesempatan untuk dicari..selepas bertanya berbasi-basa(betul ke terbalik ni) dengan pembantu kedai tu, saya pun terjumpa buku yang covernya agak feminin lagi cute itu, lalu saya pun grab buku tersebut..aa pas dah bayar tu, saya pun pegi ke kedai lain pulak untuk membeli envelope..untuk apa envelope ni ek...adala gunanya, org tua2 kata sediakan payung sebelum hujan..mana la tau kan, esok esok nak anta surat kat mana2, senang la skit, tak payah nak tercari-cari..Bak kata mak saya, jam ingat, jam tu jugak buat..tapi saya kan suka menangguh2, ..menurut kajian seorang motivator terkenal, bertangguh2 adalah salah satu sikap org yg lahir pada bulan jun..jadi, marilah kita(saya) memperbaiki diri..hehe

Masa nk balik dr kedai tu, takde pulak tanda2 hujan akan menyimbah bumi..saya pun meneruskan perjalanan ke sebuah kedai yang menerima tempahan frame,name tag n etc..ada la tujuannya saya ke sana..tup tup time nak buka pintu keta, hujan turun agak lebat jugak..maka saya pun basah kuyup la meredah hujan untuk meneruskan hajat saya tu..tak kira tak kira..saya pun pergi gak..hehe..tak lama kemudian saya singgah pulak ke sebuah kedai runcit dengan niat suci di kalbu ingin membeli susu..maka saya pun beli susu Nespray..best jugak susu ni rasa dia lemak2..almaklumla, saya ni banyak betul penyakit tulang..sejak form 5 lg tulang belakang dah start sakit skit2...ingatkan dah sembuh..bila tahun pertama di ipt, tulang kat bahagian depan pulak sakit..tp doc cakap kejadian tulang bengkak tu normal bila zaman remaja mcm saya ms tu..pastu baru2 ni sakit pinggang pulak..adoi, kurang kalsium lagikah saya ni...hehe takpe2, sementara masih ada waktu ni, kita perbaiki mana yang kurang kan..likulli dain dawa' illal maut..hmm..

Beralih ke cite lain, da2, jangan sedih2..hehe..apakah erti cinta bagi ibubapa terhadap anak2nya..kasih sayang ibubapa kpd anak2nya bukan hanya perasaan sayang shj..tapi ia lebih kepada perasaan kasih dan sayang yang disertai dengan tanggungjawab terhadap amanah yg dikurniakanNya..

Pernahkah kita terfikir mengapa terdapat golongan anak2 yg derhaka kpd parents mereka..kita perlu ingat, suatu masa nanti, kita juga akan menjadi parents(mungkin anda sedang) maka kita tak mahu anak2 kita menjadi derhaka kan..antara hak anak2 yang perlu ditunaikan oleh ibubapa ialah mencari ibu yang baik untuk anak2 itu, menamakan mereka dengan nama yang baik, dan mengajarkan Al-Quran kepada mereka..saya yakin, anda semua tentu sudah diberi nama yang baik bukan??hehe..saya nampak ada yang mengangguk setuju..hehe..kita perlula menghormati anak2 kita sebagaimana kita nak mereka hormat kat kita nanti..kita kena tunjuk contoh yang baik kat mereka..man la yarham la yurham..sesiapa yang tidak mengasihi maka dia takkan dikasihi...memang pendekatan ibubapa berbeza2..ada yang treat anak2 terlalu lembut, ada pula yang terlalu keras..tapi kan nabi dah ajar..so kita ikutjela..bila nak kena tangan2kan, bila nak kena jadikan sbg kawan..ehh, ni mesti pembaca da ngantuk ni..byk sgt membebel saya ni..hehe..soryla ek..

Kalau nak ikutkan, byk benda nk ditulis ni, tp nnti terover, anda bosan pulak..jadi pesanan penaja, jgn kuburkan cinta di hati..tak kiralah kepada sesiapa pun, kpd parents ke, kpd anak2 ke...sbbnya nnti jadi mcm lagu Lafaz Yang Tersimpan-UNIC pulak..

p/s:harap2 anda tak penings, saya memang mcm ni suka cite melompat2..jap cite lain, kjp cite lain..

0 comments:

Post a Comment