Assalamualaikum, salam perpaduan, salam 1 malaysia..Entri kali ini saya ingin berkongsi dengan anda sebuah cerita, nak kata cerpen pun boleh jugakla..nak kata novel, jauh panggang dari api..hehe.. Cerita ini sengaja saya tidak menamatkannya supaya anda boleh merangsang minda yang anda miliki. Moga-moga dapat mencambahkan lagi idea-idea bernas dan tidak terkongkong dengan hanya sebuah penamatnya…Kisah yang saya tulis suatu ketika dulu. Selamat membaca!

9:52 a.m. - 2006-05-28
RAPUHNYA SEBUAH PERSAHABATAN.......

"Mona, jaga diri kamu baik-baik ye nak" begitulah pesan Cikgu Azizah kepada anak kesayangannya itu. Itulah kata-kata keramat terahir yang dilafazkan oleh seorang ibu yang hampir separuh abad usianya sebelum melangkah keluar dari sebuah bilik asrama blok C1 Kolej Matrikulasi Pahang…Hari Isnin itu sungguh cerah sejernih kristal umpama merestui kedatangan seorang pelajar yang berhasrat meneruskan perjuangan di peringkat pra-universIti di kolej yang betul-betul di ceruk hutan Gambang. Puan Azizah lantas melangkah menuruni anak-anak tangga dan memasuki kereta..Ayah dan abang Mona sudah tersedia tunggu di dalam kereta sejak tadi. Beberapa ketika, kenderaan pacuan empat roda keluaran Proton meluncur laju meninggalkan kolej yang tersergam indah itu.

Dalam kebingungan, Mona terpinga-pinga apakah yang harus dilakukannya pada saat itu…..Di benaknya terlintas ingin berkenalan dengan rakan-rakan sebiliknya yang seramai tiga orang. Mona, seorang gadis lulusan SPM dari sebuah sekolah agama yang masyhur di Seremban, sememangnya tidak berapa gemar apabila ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran di sebuah negeri yang terletak di Pantai Timur. Baginya, negeri itu terlalu asing baginya dan boleh dikira dengan jari, berapa kalikah dia pernah menjejakkan kaki ke negeri Tok Gajah itu. Itupun semasa menziarahi ibu saudaranya semasa melahirkan anak sulungnya 12 tahun yang lalu. Namun, takdir Tuhan adalah penentu segalanya. Mona akhirnya pasrah dan redha akan ketentuan itu. Dia sedaya-upaya cuba menyemai benih cinta dan sayang terhadap kolej itu memandangkan dia tiada pilihan lain.

“Hai, saya Mona. Nama awak siapa ye? Panggil aje Aini. Mona hanya tersenyum sambil menghulurkan salam perkenalan. Aini adalah seorang gadis dari Terengganu mengambil jurusan Perakaunan. Dua orang lagi rakan sebilik Mona adalah seorang dari Johor dan seorang lagi dari Kelantan. Yang dari Johor hanya mahu dipanggil Zek atau nama yang tercatat di dalam kad pengenalannya Siti Zakiah. Seorang lagi rakannya yang mengambil jurusan yang sama bernama Siti Naseha Najwa. Menyusuri hari pertama di kolej itu mungkin belum mampu menjadikan keempat-empat gadis itu mesra seperti lagu Pop Indonesia "Teman Tapi Mesra" nyanyian kumpulan Ratu. Mona, Aini, Zek dan Najwa hanya berbalas-balas senyuman memandangkan masing-masing masih baru menganali antara satu sama lain. Hati budi mereka pun Mona tidak tahu lagi. Baginya masih banyak masa lagi untuk bermesra dengan rakan sebilknya itu. Iyalah, tempoh pengajian selama setahun sudah tentu bisa merapatkan jurang antara mereka.

Hari berganti-hari, bulan berganti bulan. Masing-masing sudah hafal perangai antara satu sama lain. Bahkan makanan kegemaran setiap ahli bilik itu sudahpun masak di fikiran Mona. Kolej telah menetapkan bahawa pada semester satu, setiap pelajar jurusan Sains Hayat dan jurusan Perakaunan diwajibkan mengambil subjek Ko-Kurikulum. Pelajar Sains Fizikal jugak tidak terlepas sebenarnya. Hanya mereka mengambil subjek tersebut pada semester kedua akan datang. Petang itu, kelihatan berduyun-duyun pelajar daripada jurusan Sains Hayat dan Perakaunan membanjiri Dewan Serbaguna atau familiar dengan nama DSG oleh warga kolej itu. Mona dan rakan biliknya, Najwa merangkap rakan satu coursenya telah merancang memilih kelab yang sama. Pada awalnya, Mona bersungguh-sungguh ingin mengikuti Kelab Alam Sekitar. Malang baginya memandangkan kuota untuk kelab itu telah penuh. Jadi, mahu tidak mahu Mona dan Najwa mendaftarkan diri di kaunter Kelab Keselamatan. Agak janggal ye nama kelab itu. Sebelum ini tidak pernah Mona sedar akan kewujudan kelab itu. Dengan separuh hati, kedua-dua gadis itu melangkah meninggalkan dewan yang penuh dengan sejarah itu.

***************************************************************************Bilik*****************************************************************************

Setibanya di bilik, Mona melabuhkan punggungnya di atas katil yang empuk untuk menghilangkan lelah setelah penat berjalan dari dewan yang sejauh 10 minit berjalan kaki. Najwa tanpa membuang masa terus mencapai tuala mandi dan melangkah ke bilik mandi di hujung bilik itu. Tanpa mempedulikan Zek yang pada saat itu sedang menjamah nasi, Mona terus mengelamun sambil membayangkan apakah program dan aktiviti yang bakal dihadapi sepanjang mengikuti kelab itu."Mungkinkah aku akan belajar seni mempertahankan diri?? Adakah aku akan menyelamatkan mangsa-mangsa kebuluran?Ah, tak mungkin", getus hati kecilnya. Sedang sibuk memikirkan tentang aktiviti yang bakal diikuti kedengaran daun pintu bilik itu dibuka dengan agak perlahan dan penuh cermat."Ah, ini dah tentu si Aini dah balik dari kelas, bisik hatinya. Ya, memang tepat jangkaan gadis berkaca mata itu.

Rakan sebiliknya kelihatan penat dan lesu memandangkan kelasnya pada hari itu agak ‘pack’ dan tamat pula pada jam 5.00 petang. “Najwa ngan Zek mana Mona? Itulah persoalan pertama gadis tinggi lampai itu yang diajukan kepada Mona. Mona dah makan? Belum pun sempat soalan pertama dijawab, muncul pula soalan berikutnya. “Eeeeee, semacam polis pula lagak sorang minah ni”, dengus hati kecil Mona. “Taulah ayah dia polis”, rungut Mona sendirian. Mujurlah segala omelan itu tidak didengari oleh Aini. Kalau tidak pasti terkecil hati pula agaknya. “Najwa gi mandi. Zek lak gi basuh tangan and buang sampah kot”, jawab Mona mahu tak mahu. Bagi megelakkan dirinya diperlakukan seperti tahanan polis, Mona ligat mencapai tuala dan baldi mandiannya untuk membersihkan diri memandangkan dia belum menunaikan solat Asar. “Oh, ya sebelum terlupa, nanti kalau Aini nak keluar, jangan lupa kunci pintu ye”, pesan Mona kepada Aini. “Okay”, begitu ringkas jawapan Aini.

*********************************************************************************tamat********************************************************************

Kasih ibu tiada berpenghujung. Begitu juga dengan cerita yang saya tulis di atas..sekarang saya beri anda peluang untuk menamatkan jalan ceritanya, if you wish to..tetapi kalau anda rasa tergantung itu baik, just biarkan sahaja..hehe

0 comments:

Post a Comment