Assalamualaikum w.b.t. Robbanaftahbainana wabaina qaumina bilhaqqi wa anta khairul faatihin..Yang dimuliakan para pembaca blog ini..Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah kerana dengan limpah kurnianya dapat saya menulis beberapa patah di medan ini. Sebelum kalam berbicara lebih panjang, ingin saya khabarkan kepada anda yang sedang khusyuk membaca(khusyuk ke??hehe) bahawa sebenarnya saya bukanlah seorang penulis blog yang agung kerana hingga ketika ini, saya tak pandai tulis pun, apa salahnya mencuba kan) Tapi saya gagahkan juga mencuba lagipun blog ini dicreate oleh sahabat baik saya. Jadi saya harus menghargainya..Org tua2 pernah berpesan, org berbudi kita berbahasa....lagipun tak salah kalau nak belajar kan. Bak kata org putih,"in life, one never stops learning"...

Bukanlah niat saya untuk menafikan kejayaan berdakwah, mendidik, melalui ruangan ini tetapi bagi diri saya sendiri, saya kurang merasai kepuasan berdialog jika bukan secara berdepan.mungkin hati dah gelap kott...sebabnya sangat mudah iaitu kerana saya tidak dapat melihat reaksi anda ketika saya berbicara dengan anda di sini.Bila face to face tu, dapatla saya perhatikan raut wajah anda yg comel itu samaada sedang blur, ceria, marah, cemas atau apa2 sahaja…hehe….Sebenarnya menulis ni seronok jugak, eh eh tadi kata x minat, skrg kata best pulak, ish tak faham betul la…hehe.. Saya maksudkan seronok menulis jika ada yang sudi membacanya, memberikan komen, membetulkan mana yang salah…kalau setakat jadi passive reader(macam saya biasa buat bila explore blog org lain..hehe), tu yang tak berapa nak best tu….

Untuk post yang pertama ni, saya ingin memperkenalkan diri saya( ada ke yg nak kenal ni?). Bukannya apa nanti saya dah membebel panjang2, tak bertaaruf macam alien la pulak saya ni kan…okay, saya mendapat pendidikan awal di rumahku syurgaku..hehe..eh main2 plak dia…betul la tu kan…kalau nak kata sekolah rasmi la first2 tu saya gi Tadika Abim atau dulu-dulu kita panggil taski tu la….pastu three..hehe eh tak, lepas da habis tadika tadi dengan jayanya, saya pun melangkah ke sekolah rendah..Nama sekolah ni Sek. Keb. Seri Kelana…kalau nk tau lokasinya, rajin-rajinlah masuk Google Earth…Saya bersekolah di sini dari darjah 1 sampailah ke darjah 6….merasa la jugak jadi ketua kelas(ada ke perempuan jadi ketua, hehe agaknya dunia nk terbalik la tu)…pastu masa upsr tu dptla merasa dpt result yg best…bila result dah best, tentulah ada ganjarannya bukan? Seingat saya la, masa trial tu dia bagi hadiah sejadah…bagus betul la sekolah saya tu, kecik2 lagi dah bagi peringatan kt murid2 supaya rajin2lah tunaikan solat (anda yang tengah baca ni da solat ke belum?..hehe)…

Bermulalah kisah sedih saya ketika melangkahkan kaki(ni nak naik sekolah menengah la ni) ke suatu tempat yang baru…jauh tu takdela sangat tapi wajibla duduk di asrama…aish, da la saya ni tak biasa iron baju, basuh baju.pendek kata tak pandai berdikari laa..masuk plak sekolah yang kena berdikari..maka menangislah saya berhari-harian lamanya…opss bukan sejam, sehari atau seminggu.. tapi mencecah sebulan la saya dukla menangis kerana tak dapat terima hakikat bhw saya dah berjauhan dengan keluarga…setiap minggu parents saya datang tau.kesian dorang, terpaksa bersusah payah datang jauh2..ish, manja la plak bunyinya..hehe…akhirnya genaplah sebulan di sana, saya didaftarkan oleh ibu saya ke tempat lain..bagi saya, saya tidak menyesal kerana tidak berada di tempat tadi biarpun sekolah itu boleh dikatakan terbaik. Tapi, tempat yang terbaik bagi org lain, tidak semestinya terbaik bagi saya bukan?(nak sedapkan hati..hehe)…

Alam persekolahan di sebuah sekolah harian yang hanya lbh kurang 3km dr rumah sangatlah menyeronokkan..sebabnya apa?sebab kt sini selalu dapat hadiahla..masuk kuiz ni dapat hadiah, masuk competition ni dpt hadiah, mana tak best kan..rasa dihargai..pastu awal tahun tak payah nak sibuk2 beli buku tulis sebabnya hujung tahun da dapat hadiah(dulu2 kan kalau dapat no 1 dlm kelas dpt hadiah kan)…dah jimat duit…Rutin harian terus berlalu sampailah kemuncaknya iaitu peperiksaan PMR. Result yg saya dapat 9A. Pastu sekali lagi saya menolak untuk ditempatkan dengan golongan2 pintar lagi cemerlang iaitu di sebuah sekolah integrasi. Saya lebih selesa berada di sekolah harian, lalu saya bertukar ke sebuah sekolah agama. Di sini kehidupannya agak tertekan. Faham2 sahajalah, bila dikelilingi org2 pandai ni, kita jadi stress skit..hehe di sinilah mcm2 sakit saya dapat, sakit perutla, sakit tulang la…huhu…tak sabar2 rasanya untuk melarikan diri dari sekolah ini…selepas meredah onak duri selama 2 tahun, saya beralih arah ke sebuah negeri yg kaya dengan khazanah alam semulajadinya iaitu negeri Darul Makmur….pastu saya ke sebuah ipta di negeri kelahiran saya…

Sekian sahaja coretan saya utk kali ini, sengaja saya biarkan cerita ini tergantung, nak bagi peluang kat anda untuk berfikir sejenak..barulah menarik bukan.hehe.Harap-harap anda tak boring la ye baca kisah saya ni, kalau boring gak nk buat macam mana kan…tak dapek den nak nolong…Wassalam.

0 comments:

Post a Comment