Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu..Memandangkan rata-rata pelajar di universiti pada ketika ini sedang demam peperiksaan, maka saya ingin memberikan sedikit motivasi..eh, saya bukan motivator bertauliah, sekadar menasihati anda sebagai seorang sahabat dan tidak lupa menasihati diri saya sendiri...soalan pertama saya adalah pernahkah anda gagal di dalam hidup ini???sudah tentu pernah kan??ke anda memang perfect??hehe..adakah kita ini diciptakan untuk gagal??kita perlu ingat bahawa kejayaan mempunyai pelbagai aspek..jika hanya berjaya di dalam peperiksaan, ia hanyalah sebahagian dari hidup kita sahaja...mungkin juga kejayaan dalam peperiksaan hanya represent sekelumit kejayaan dlm hidup shj...bukan bermaksud anda perlu meneruskan tradisi kegagalan itu..jika anda sudah berusaha sehingga titisan peluh terakhir, namun kegagalan tetap singgah pada diri anda, maka anda perlu lebih positif..contohnya, A gagal dalam peperiksaan di sekolah, tak semestinya dia akan dalam bidang2 lain contohnya sukan, perniagaan, seni..jadi anda perlu kembangkan dan bina bakat yang anda miliki..usah sia-siakannya..opss, kjp kjp..tgh pening..

Ok sambung balik, anda pernah dengar pasal Thomas Edison?Have u ever met him? Kalau saya tanya tentu anda akan jawab dia hanyalah seorang lelaki berdasarkan namanya kan..bukannya saya suruh anda puja dia pun..just ambil sedikit iktibar..Thomas Edison pernah mecuba hampir 1000 kali eksperimen untuk menyalakan sebutir mentol..Anda mungkin baru gagal sekali, dua kali atau 10 kali tapi beliau??cuba compare..semangat ingin terus cuba dan mencuba tu yang patut kita teladani..



Sebagai seorang muslim, kita juga tak boleh leka jika dianugerahkan dengan kejayaan. Sesungguhnya kejayaan juga merupakan suatu bentuk ujian dariNya..Dia boleh menguji kita dengan bermacam-macam bentuk, samaada kejayaan, mahupun kegagalan..kekayaan mahupun kemiskinan..Ada hikmah di sebalik setiap yang berlaku..Dia rindukan kita merintih2 memohon hanya kepadaNya..Kalau kita berjaya dengan mudah, mungkin kita terus lalai dan melupakanNya..Semua yang kita ada pada hari ini adalah milikNya..udara yang percuma, kesihatan tubuh badan yang percuma, ibu bapa, rakan-rakan, keselesaan hidup. Malah kejayaan atau kegagalan..boleh ditarik dan direntap bila-bila masa sahaja..jadi beringatlah...

0 comments:

Post a Comment